Sunday, April 21, 2013

BANTUAN KHAS RM 100 PADA TAHUN 2013



BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 TAHUN 2013


 Bantuan Khas Awal Persekolahan merupakan 1 bantuan khas kepada murid sekolah dan ianya di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

      Dalam perkembangan lain,sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop ‘telah bayar’ bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.

Thursday, April 4, 2013

PELAKSANAAN PROJEK YES 1BESTARINET

PELAKSANAAN PROJEK 1BESTARINET DAN SURAT SIARAN KEBENARAN SEKOLAH MEMASANG INTERNET


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan projek perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh Malaysia pada bulan Disember 2011. Projek ini merupakan perkhidmatan rangkaian Internet "end to end" bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi semua sekolah. Ia akan dilaksanakan selama 2 tahun 6 bulan oleh pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh KPM.
Untuk maklumat lanjut :

BOLA JARING PERINGKAT ZON PENGGARAM

SYABAS PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SULOH

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring sekolah kerana telah mendapat tempat ke 3 peringkat Zon pada Kejohanan Bola Jaring MSSZ Batu Pahat yang telah berlangsung  di SJK (C) Hwa Min,Batu Pahat dari 21 Mac 2013.